Pages

Monday 19 December 2011

R@hs!a Kelu@rg@

Pada saat lelaki memilih seorang wanita sebagai kekasih,tentu dengan maksud bagi saling berkogsi. Apa pun masalahnya, lelaki percaya pada saat bercerita kepada anda, jangan lupakan kepercayaan ini. Terutamanya masalah keluarga. Bagaimana pun, persoalan keluarga adalah hal yang sangat peribadi dan rahsia. Jika lelaki menceritakannya kepada anda, itu berkat kerpercayaan tinggi dan keinginan untuk mengurangi beban fikiran. Mendengarkan keluhan lelaki sahaja sudah cukup. Tidak perlu anda sibuk membincangkannya dengan orang lain meskipun dengan teman rapat anda sendiri.

Andai Mereka Tahu...

Dia menatapku
Hening matanya tidak dapat menutupi kepedihan daripada penglihatanku
Kudapati dia berjalan dari suatu arah
Takdir menggiring bagai angin
Menghembuskan nafas pertemuan
Yang tidak terduga

Dia tersenyum
Tetapi senyumnya adalah tangis bagiku
Oh,akankah duka akan selalu menyelimutinya?
Duka datang di hujung pagi
Membalutnya di bawah sinar matahari
Dan membungkusnya di keheningan malam

Tuesday 6 December 2011

10 Jenis Gadis Yang Disukai Lelaki.

1.GADIS PENUH PENGERTIAN.
Gadis jenis ini berada pada kedudukan pertama yang paling disukai lelaki.
2.GADIS PENYAYANG.
Gadis penyayang ini juga disukai lelaki.secara dasarnya,ternyata lelaki jugak makhluk yang ingin disayangi.
3.GADIS BAIK HATI.
Gadis seperti ini cukup sukar diidentifikasi kerana berkaitan dengan masalah hati sangat mendalam.Sigadis baik hati ini ternyata akan menjadi idaman lelaki.
4.GADIS JUJUR.
Dengan tersenarainya jenis gadis jujur dalam empat urutan besar gadis yang paling disukai lelaki, diandaikan lelaki juga tidak mahu dibohongi(yang diinginkan lelaki adalah berbohong,hahaha)
5.GADIS SETIA.
'Mana yang paling setia,lelaki atau perempuan?' nah... pertanyaan yang sangat provokatif. Namun,gadis setia adalah gadis yang juga disukai ramai lelaki.
6.GADIS SEDERHANA.
Mereka juga gadis yang disukai lelaki. sedehana dengan apanya. Lebih bersikap natural. gadis sederhana ialah gadis yang mensyukuri kurniaan Tuhan keatas dirinya.
7.GADIS PINTAR DAN BERKEYAKINAN.
Bagi gadis-gadis pintar, ramai lelaki yang akan mengagumimu. jenis gadis yang memiliki keyakinan yang sama dan taat beribadah menjadi satu kriteria kunci yang tidak boleh hilang.
8.GADIS CANTIK.
Sebenarnya,jenis gadis cantik ini sangat relatif. Cantik menurut anda belum tentu cantik menurut orang lain. Begitu juga sebaliknya. Tetapi biar cantik hati dan budi
9.MEMILIKI SIFAT KEIBUAN.
Sifat keibuan seorang gadis ternyata menjadi perhatian para lelaki.
10.GADIS YANG SOPAN.
Masih ramai lelaki yang menghargai dan menjunjung tinggi kesopanan. Kesopanan melambangkan budi pekerti seseorang gadis dalam menjaga maruah diri.